Kerajaan kabinet Sistem_Westminster

Dalam buku Perlembangaan Inggeris, Bagehot menekankan pembahagian perlembagaan kepada dua komponen, komponen Bermaruah (bahagian yang merupakan simbol) dan komponen Cekap (perkara-perkara yang sebenarnya berlangsung dan dilaksanakan), dan menamakan komponen Cekap sebagai "Kerajaan Kabinet".[3] Walaupun terdapat banyak kerja-kerja sejak itu yang menekankan aspek-aspek "Cekap" yang berbeza, tiada siapa yang serius mempersoalkan premis Bagehot bahawa pembahagian wujud dalam sistem Westminster, walaupun Israel dan Jepun beroperasi tanpa komponen "Bermaruah" kerajaan.

Ahli-ahli Kabinet adalah secara berkumpulan dilihat sebagai bertanggungjawab terhadap polisi kerajaan. Semua keputusan Kabinet dibuat secara konsensus atau persetujuan bersama, suatu undian undi jarang diambil dalam mesyuarat Kabinet. Semua menteri, sama ada kanan dan dalam Kabinet, atau menteri muda, mesti menyokong dasar kerajaan secara terbuka tanpa mengambil kira sebarang kepentingan peribadi. Apabila suatu rombakan kabinet pasti akan berlaku, banyak yang diambil kira dalam perbualan ahli-ahli politik dan media berita, membuat spekulasi mengenai siapa yang akan, atau tidak akan dikekalkan, dimasukkan atau dikeluarkan dari Kabinet oleh Perdana Menteri, kerana pelantikan menteri ke dalam Kabinet, dan ancaman pemecatan daripada Kabinet, adalah satu-satunya kuasa perlembagaan paling tinggi bagi seorang Perdana Menteri dalam kawalan politik kerajaan dalam sistem Westminster.

Berkaitan dengan kerajaan Kabinet, sekurang-kurangnya dalam teori, para menteri adalah bertanggungjawab pada tindakan kementerian mereka. Ia bukan lagi dianggap suatu isu untuk perletakan jawatan jika tindakan para ahli kementerian mereka yang menteri tidak mempunyai kawalan lanjut, telah membuat kesilapan atau merumuskan tatacara yang tidak menurut dengan polisi yang disetujui. Salah satu kuasa utama Perdana Menteri di bawah sistem Westminster adalah untuk mwmbuat keputusan terhadap rakan menteri yang bertanggungjawab kepada sebuah kementerian.

Pembangkang Rasmi dan parti-parti politik utama lain yang tidak berada dalam Kerajaan, akan mencerminkan organisasi kerajaan Kabinet Bayangan dengan sendiri yang terdiri daripada Menteri Bayangan mereka.